Wednesday, October 16, 2019

Perbahasan RUU Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) Semasa Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 pada 10/10/2019

Video here: 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 
Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019. Ini merupakan satu rang undang-undang untuk mewujudkan satu agensi Federal untuk operasi bersepadu untuk membanteras jenayah kewangan. 
Sebelum ini, agensi-agensi kerajaan telah bekerja dalam bentuk silo, mempunyai database yang berlainan dan diharapkan melalui pembentukan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional ini boleh berkongsi database, boleh mewujudkan big data pool, supaya jenayah kewangan ini dapat diberikan pembanterasan yang lebih tersusun. 
Kalau kita kaji di peringkat antarabangsa, beberapa agensi di peringkat antarabangsa seperti USA. Kalau di United State dia panggil Financial Crimes Enforcement Network (FinCEN). Di Kanada Financial Transaction and Report Analysis Center of Canada (FINTRAC). Di UK, Economic Crime Center. Australia, Transaction Report and Analysis Center. Berbagai-bagai jenis financial crime atau jenayah kewangan. Online fraud, money games, offshore transaction. Kalau crypto currency yang tidak dikawal selia, yang merentasi sempadan negara dan melibatkan banyak pihak. 
Tuan Yang di-Pertua, saya membaca laporan tahunan untuk FINTRAC Kanada tahun 2017. Agensi pencegahah jenayah kewangan di Kanada bekerjasama, mempunyai 100 bilateral agreements dengan negara-negara untuk berkongsi financial intelligent maklumat-maklumat financial untuk peringkat antarabangsa secara G to G, secara government to government.Oleh itu, rang undang-undang ini perlu untuk kita menubuhkan satu government – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan peringkat nasional supaya kita dapat berkomunikasi, berkongsi maklumat dengan centre ataupun Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan yang lain di tempat-tempat lain. 
Jikalau di FINTRAC Kanada, dia mempunyai infrastruktur IT yang sangat sophisticated, dia mempunyai setiap database IT – ia boleh – setiap tahun ada 25 juta new financial reports. Antara lain electronic fund transfer (EFT) transaction report, suspicious transaction reports, cross boarders transaction report, suspicious activity reports (SAR) dan sebagainya. Oleh itu dia menyimpan banyak laporan daripada bank- bank, daripada institusi kewangan, dia membuat filtering, membuat analisis kemudian mengenerate actionable financial intelligence for police and also other enforcement agency. Oleh itu dia telah melabur stick to the artIT Analytic System. Ini merupakan contoh di Kanada apabila mereka membuat pelaburan besar untuk mengumpul maklumat-maklumat kewangan yang banyak. 
Saya ingin merujuk kepada seksyen di bawah D.R.28 ini iaitu seksyen 16, kuasa untuk mengumpul maklumat. Di bawah seksyen 16(1), “Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh melalui suatu notis bertulis mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai apa-apa dokumen yang berkaitan untuk serah dokumen itu kepada pusat pencegahan”. Kuasa ini amat besar, saya ingin mengingatkan kerajaan dan Yang Berhormat Menteri bahawa klausa ini besar dengan seksyen 16(6), “Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya
Oleh itu kuasa itu hendaklah digunakan secara berhemah oleh pihak eksekutif kerana kuasa untuk mengumpul maklumat yang begitu besar dengan database yang begitu besar, itu perlu digunakan secara berhemah. Saya sebenarnya ingin mengingatkan pihak eksekutif bahawa terhadap data privacy, terhadap personal data protection, terhadap BAFIA act yang melindungi pengguna-pengguna yang melindungi rakyat. Itu perlu diberikan satu keseimbangan dalam kita membanteras jenayah kewangan ini. Kita juga perlu melihat kepada data privacy dan juga personal data protection oleh rakyat. 
Di bawah Jadual Kedua, di bawah seksyen ini, antara lainnya di bawah RUU ini juga menyatakan bahawa siasatan boleh dikena- Di bawah jadual kesalahan-kesalahan di bawah Jadual Kedua kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, iaitu satu senarai yang panjang dengan pelbagai akta, pelbagai perundangan. Oleh itu saya harap kuasa yang besar ini, kuasa yang mengumpul maklumat yang besar ini, kuasa menganalisis maklumat yang besar ini, kuasa berkongsi maklumat dengan antarabangsa ini hendaklah diseimbangkan dengan privasi dan juga data protection kepada rakyat. 
Seperti yang kita tahu, jenayah kewangan sekarang menjangkau multiple jurisdiction dengan secara global, dengan pelbagai produk dan juga perkhidmatan. Oleh itu kita perlu bekerjasama dengan partner di domestik dan antarabangsa untuk membanteras jenayah kewangan. Antara jenayah kewangan yang terkenal ataupun famous yang mempunyai nama yang buruk seperti skandal 1MDB, Panama leak dan sebagainya. 
Selain itu saya ingin meminta pihak kerajaan untuk melihat kepada beberapa, tiga isu. Selain daripada pelaksanaan Rang undang-undang Pusat Pencegahan Kewangan Nasional ini, ada tiga perkara yang saya ingin highlight kepada pihak kerajaan iaitu negara kita Malaysia telah menandatangani Treaties on Mutual Legal Assistance in Criminal Matters iaitu di bawah Akta Bantuan Bersama Perkara Jenayah 2002. Kita telah menandatangani treaties ini dengan sembilan buah negara ASEAN dan juga dengan Australia, dengan Hong Kong Special Area Region, dengan USA, UK, India dan Republic of Korea. Kita hanya menandatangani treaties dengan 14 buah negara sahaja. Bagaimana dengan negara-negara lain, adakah kita lebih aktif dalam supaya kita boleh mendapatkan kerjasama dengan autoriti-autoriti kerajaan lain untuk membuat siasatan-siasatan terhadap jenayah kewangan. 
Begitu juga dengan Extradition Act 1992, kita perlu lihat bagaimana kita dapat menggunakan Extradition Act ini untuk memanggil balik, dengan bantuan kerajaan asing untuk membuat siasatan terhadap penjenayah-penjenayah yang di luar negara. Begitu juga dengan satu perjanjian Automatic Exchange of Information (AEOI) untuk percukaian. AEOI untuk negara-negara OECD. Kita telah menyertai forum AEOI pada tahun lalu. Di bawah pengumuman bajet pada tahun 2019 kita telah umum, itu boleh membantu kita untuk memastikan bahawa berkongsi maklumat dengan tax autoriti negara lain supaya untuk menguatkuasakan terhadap mereka yang lari dari cukai. 
Oleh itu saya meminta ketiga-tiga perundangan dan juga agreement antarabangsa ini diberikan penekanan supaya pusat yang kita tubuh nanti, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional ini mempunyai kekuatan, mempunyai international reach yang boleh kita gunakan untuk membanteras jenayah kewangan yang semakin sofisticated dan semakin kompleks. Oleh itu saya mohon menyokong rang undang-undang ini. 

No comments: